suria

Kucing Peliharaan Punca Pengikut Instagram Taylor Swift Cecah 50 Juta

Taylor Swift menjadi selebriti paling banyak pengikut di Instagram.
PENYANYI Taylor Swift menyifatkan akaun Instagram miliknya berjaya mencecah 50 juta pengikut adalah disebabkan oleh kucing peliharaannya yang comel.

Mirror melaporkan penyanyi itu terkejut apabila dia menjadi selebriti paling banyak pengikut di Instagram dan mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat terhadapnya.

"Saya yakin ini semua gara-gara kucing comel peliharaan saya bagaimanapun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas 50 juta pengikut!," tulisnya di Instagram.

Taylor turut meninggalkan nama besar lain seperti Beyonce (47.5 juta) dan Kim Kardashian (48.4 juta) apabila mencipta rekod terbaharu itu.




Taylor Swift

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain