suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan C-Clown Dibubarkan

C-Clown
SELEPAS tiga tahun berada dalam industri muzik Korea, kumpulan C-Clown secara rasminya dibubarkan bermula Isnin.

Menurut laporan Koreaboo, agensi kumpulan itu, Yedang Entertainment membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Facebook C-Clown.

"Pada 19 Julai 2012, C-Clown menjadi perhatian ramai menerusi single lagu Solo. Bagaimanapun selepas tiga tahun, kumpulan itu dibubarkan berkuatkuasa 5 Oktober 2015.

"Pihak Yedang bersama anggota C-Clown iaitu Rome, Siwoo, Ray, Kang Jun, T.K, Maru telah bersama selama tiga tahun dan kerjasama antara kami berjaya membuahkan hasil.

"Namun, C-Clown terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab tertentu," kata pihak Yedang di Facebook C-Clown.

C-Clown

Artikel Lain