suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johnny Depp Risau Anak Mahu Jadi Model Fesyen

Johnny dan anaknya, Lily-Rose Melody.
AKTOR Johnny Depp berasa risau dengan keinginan anak perempuannya, Lily-Rose Melody Depp yang mahu menceburi bidang fesyen sebagai seorang model secara serius.

Menurut laporan majalah People, aktor berusia 52 tahun itu berkata, Lily, 16, terlalu muda untuk terlibat dengan kerja-kerja yang dianggap hanya untuk orang dewasa.

"Saya tidak menjangkakan yang Lily akan terlibat dengan dunia seni  seawal umurnya sekarang.

"Tetapi saya perlu akur, itu adalah minatnya dan dia suka dengan kerja yang dilakukannya," kata Depp.

Selain menjadi model, Lily juga terlibat dalam dunia lakonan dan baru sahaja selesai penggambaran filem Yoga Hosers.
Johnny Depp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain