suria

Kasut Bukti Persahabatan G-Dragon & Lee Soo Hyuk

G-Dragon dan Lee Soo Hyuk.

NAMPAKNYA Lee Soo Hyuk dan ahli kumpulan Big Bang iaitu G-Dragon merupakan sahabat karib selain menjadi rakan seperjuangan dalam industri seni.

Pada 30 September lalu, Soo Hyuk telah memuat naik foto di Instagram miliknya dengan meletakkan kapsyen 'Terima Kasih GD!'

Menerusi foto berkenaan, dua pasang kasut itu merupakan rekaan G-Dragon berkolaborasi dengan jenama Zanotti.

Hadiah yang diberikan G-Dragon kepada Lee Soo Hyuk.
Dua pasang kasut berkenaan dilihat begitu unik dan elegan. Ia menunjukkan erti persahabatan antara dua selebriti itu.

Sementara itu, Lee Soo Hyuk bakal muncul menerusi drama Neighborhood Hero.

Manakala G-Dragon pula sibuk dengan konsert Made bersama kumpulannya, Big Bang di sekitar Asia.
G-Dragon, Lee Soo Hyuk

Artikel Lain