suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih Jaden Smith Curi Beg Tangan Mewah

Jaden Smith bersama kekasihnya Sarah
KEKASIH pelakon Jaden Smith iaitu Sarah Snyder dilaporkan terlibat dengan kes kecurian awal tahun ini.

Seperti dipetik Daily Mail, gambar wajah wanita berusia 21 tahun itu tersebar di internet berikutan kes kecurian sebuah beg tangan Hermes Birkin.

Pihak polis Bedford turut mengesahkan kes yang membabitkan wanita ini berlaku pada 19 Februari lalu dan ditangkap pada 15 Jun ketika wanita itu berada di rumah rakannya di Manhattan.

Beg Hermes Birkin merupakan beg jenama yang mencecah harga puluhan ribu ringgit dan menjadi pilihan golongan kenamaan.

Bagaimanapun, sehingga kini pelakon remaja tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dengan apa yang berlaku terhadap kekasihnya.
Jaden Smith

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain