suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tom Hardy Rancang Bina Pub Di Taman Rumah

Tom Hardy bersama isterinya, Charlotte Riley.
AKTOR Tom Hardy sedang merancang untuk membina sebuah pub di kawasan taman di kediamannya.

Menurut laporan mirror.co.uk, dia mahu mengubah taman tersebut kepada ruang sosial untuk rakan-rakannya yang mahu menghabiskan masa bersama.

"Tom mahu mengubah kawasan rumahnya kepada sebuah tempat lepak untuk teman-teman rapat.

"Dia lebih gemar meluangkan masa di rumahnya dan bukan di luar, lebih-lebih lagi terpaksa berdepan dengan paparazi di mana-mana," kata sumber.

Dalam pada itu bintang filem Warrior itu bakal menjadi bapa tidak lama lagi bersama isteri, Charlotte Riley. Mereka berkahwin pada Julai 2013.

Hardy juga mempunyai seorang anak lelaki, Louis yang berusia tujuh tahun, bersama bekas kekasihnya, Rachael Speed.
Tom Hardy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain