suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Shah Rukh Khan Mampu Buat Preity Zinta Menangis

Preity Zinta

AKTRES Preity Zinta berkata hanya seorang aktor sahaja yang boleh membuatkan dia melakonkan babak menangis di set penggambaran iaitu Datuk Shah Rukh Khan.

"Pelakon yang boleh membuat saya menangis dalam babak beremosi adalah Shah Rukh Khan.

"Saya sudah menangis dalam pelbagai babak bersamanya untuk macam-macam filem," katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Shah Rukh Khan.

Antara filem yang menggandingkan Preity dan Shah Rukh ialah Dil Se, Veer Zaara dan Kal Ho Na Ho.

Tambah Preity, lakonan Shah Rukh yang terlalu menjiwai watak membuatkan dia juga mudah berlakon di samping aktor itu walaupun perlu melakonkan babak menangis dengan kerap.

Dalam pada itu, Preity turut mendedahkan pernah berasa takut berlakon dengan Salman Khan yang disifatkannya terlalu garang dan tegas ketiga bekerja di set.

Preity Zinta, Shah Rukh Khan

Artikel Lain