suria

Madonna & Guy Ritchie Bersatu Demi Sambutan Hari Jadi Anak

Guy Ritchie dan Madonna telah bercerai pada tahun 2008.

PENYANYI Madonna dan pengarah filem Guy Ritchie  tolak ketepi hubungan masa lampau yang pernah terjalin satu ketika dahulu demi menyambut sambutan hari lahir anak mereka, Rocco yang ke-15 baru-baru ini.

Bercerai pada tahun 2008, Madonna dan Guy telah menyanyikan lagu 'Happy Birthday' buat anak lelaki mereka itu.

Guy bersama isteri baharu, Jacqui (kiri), Rocco dan David (kanan) pada sebuah majlis di New York.


Sambil menyanyi, penyanyi lagu Frozen itu tampil membawa kek dan berdiri di samping bekas suaminya itu.

Difahamkan ini merupakan pertama kali mereka berada di tempat sama.

Terdahulu, Madonna pernah membuat kenyatan bahawa berkahwin denga Guy selama tujuh tahun ibaratnya seperti berkurung dalam penjara.

Guy kini sudah pun mempunyai isteri baharu iaitu Jacqui Ainsley yang dikahwininya pada bulan lalu.

Guy Ritchie, Madonna

Artikel Lain