suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Orlando Bloom Akan Muncul Siri ke-5 'Pirates Of The Caribbean'

Watak Orlando Bloom dalam filem Pirates Of The Caribbean sebelum ini.

BUAT peminat filem Pirates Of The Caribbean, aktor Orlando Bloom disahkan akan kembali membintangi filem siri kelima tersebut iaitu Dead Men Tell No Tales.

Menurut laporan aktor berusia 38 tahun itu  membuat pengesahan tersebut menerusi sebuah majlis anjuran Disney pada Sabtu lalu.

Sebelum ini bekas suami Miranda Kerr pernah menyatakan belum yakin untuk  melibatkan diri dalam filem terbaru itu.

Orando telah membintangi filem itu bermula siri pertama hingga yang ketiga.

Bagaimanapun, aktor tersebut  tidak muncul bagi siri keempat iaitu Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides pada tahun 2011 lalu.

Untuk siri filem kelima ini, Johnny Depp juga disahkan masih memegang watak Captain Jack Sparrow dan  Kaya Scodelarioa juga akan diberi watak utama.

Selain itu pelakon Geoffrey Rush, Stephen Graham, Javier Bardem, dan Brenton Thwaites turut akan menjayakan filem berkenaan.

Orlando Bloom

Artikel Lain