suria

Yunho (TVXQ) Bakal Jalani Latihan Ketenteraan

Yunho
AHLI kumpulan TVXQ, Yunho disahkan secara rasmi akan menjalani latihan ketenteraan Korea Selatan bermula pada 21 Julai depan.

Menurut laporan Soompi, kenyataan SM Entertainment yang menafikan berita tersebut sebelum ini ternyata tidak benar.

Agensi yang terlibat telah mengesahkan bahawa Yunho akan tetap menjalani latihan tersebut.

"Yunho TVXQ akan mendaftar pada 21 Julai depan dan lokasi atau masa pendaftaran tidak boleh didedahkan untuk menjaga privasinya." kata wakil agensi.

Yunho perlu menjalani latihan asas ketenteraan terlebih dahulu selama lima minggu sebelum memulakan perkhidmatan sebagai petugas tentera sepanjang 21 bulan.    
Yunho, TVXQ

Artikel Lain