Menurut laporan Hollywoodlife, Dennis merupakan antara orang yang berbangga dengan keputusan Bruce lebih-lebih lagi selepas melihat kecantikan ayah kepada Kendall dan Kylie di majalah Vanity Fair.
"Bruce, buat sahaja apa yang terbaik untuk kamu. Jika kamu mahu keluar bersama saya, minta sahaja.
"Saya berbangga melihat masyarakat tidak memandangnya dengan sebelah mata," kata Dennis.
Terdahulu, Dennis juga pernah berimej seperti wanita dan ia dilakukan untuk menjadi muka depan majalah Sports Illustrate pada tahun 1995.


