suria

Jaden Smith Tampil Berpakaian Wanita

Jaden dilihat memakai skirt pendek ketika bersiar-siar.

ANAK lelaki kepada aktor terkenal Will Smith iaitu Jaden mengejutkan para peminatnya apabila tampil berpakaian seperti wanita ketika berada di khalayak ramai.

Jaden, 16, dilihat memakai jaket lengan panjang, singlet putih dan seluar pendek yang kelihatan seperti skirt di Calabasas, California.

Terdahulu, Jaden memuat naik status di laman sosial Twitter miliknya pada Khamis lalu menjelaskan dia berasa selesa mengenakan gaun tanpa seluar kerana ia memudahkan pergerakan.

Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada citarasa fesyen terbaharunya itu dan turut memuat naik gambar almarinya penuh dengan koleksi pakaian pelik di Instagram.

Terbaharu, dia memuat naik gambar baju labih bersama seluar longgar wanita dipercayai dibelinya di butik Top Shop.

"Pergi ke Top Shop untuk membeli pakaian wanita, maksud saya 'pakaian'," katanya yang mempunyai hubungan istimewa dengan Kylie Jenner.

Jaden Smith.

Artikel Lain