suria

Lee Hong Ki (FT Island) Rapat Dengan Model Jepun

Lee dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang model dari Jepun.

VOKALIS kumpulan K-pop, FT Island iaitu Lee Hong Ki dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model berasal dari Jepun.

Soompi melaporkan identiti wanita tersebut dikenali sebagai Ai Shinozaki yang juga anggota kumpulan AeLL dan media di Jepun berjaya menghidu percintaan mereka.

Ai sudah terlibat dalam dunia hiburan sejak berusia 14 tahun.

Media di Jepun melaporkan pasangan itu sudah menjalinkan hubungan sejak Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun kedua-dua pihak menafikan laporan itu dan menjelaskan mereka hanya sekadar teman biasa.

Lee Hong Ki.

Artikel Lain