suria

Jun Ji Hyun Mempunyai Kekayaan, Aset RM100 Juta

PELAKON Jun Ji Hyun membuktikan kekayaan bersama aset hartanah yang dimilikinya dengan nilai keseluruhan RM100 juta.

Jun Ji Hyun dikatakan pernah membeli sebuah pasaraya di Nohyun-dong pada 2007 dengan harga RM55 juta.

Pada 2013, dia juga membeli sebuah vila bernilai RM10 juta di Inchon-dong dan sumber menyatakan dia turut mempunyai rumah di Samsung-dong.

Kini dia dikatakan mempunyai konflik dengan jirannya di kawasan Hyundai House Neigborhood kerana reka bentuk rumah baru yang dibinanya menganggu penduduk sekitar.

Kawasan rumah yang dikenali sebagai Beverly Hills Korea itu dihuni oleh beberapa artis popular di sana.

Antara artis Korea yang pernah tinggal di kawasan itu ialah Shin Ae Ra, Cha In Pyo, Lee Mi Yeon dan juga Rain.

Artis lain yang masih berada di situ ialah Kim Nam Joo dan Kim Seung Woo serta beberapa VIP ternama.

Bintang ini bukan sahaja cantik dan terkenal malah pelakon My Love From Another Star ini juga bergelar seorang jutawan.
Jun Ji Hyun

Artikel Lain