suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baekho Mohon Peminat Derma Darah Untuk Ayah

AHLI kumpulan NU'EST, Baekho menerusi akaun Instagram miliknya berkata ayah kandungnya kini sedang menderita penyakit leukimia dan memerlukan banyak darah.

Dia turut memohon simpati agar ada peminat yang sudi menderma darah untuk perubatan ayahnya seperti dikehendaki oleh pihak hospital.

Penyanyi lagu Hello itu turut berkongsi rasa sedih bahawa dia juga baharu diberitahu tentang penyakit ayahnya itu oleh doktor.

"Saya minta maaf kerana mengumumkan hal yang tidak begitu baik ini secara tiba-tiba. Hidung ayah berdarah dan dia pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

"Malangnya, doktor baru memberitahu bahawa ayahku menderita penyakit leukimia," ujarnya.

Dia juga memberitahu bahawa ayahnya memerlukan bantuan darah secepat mungkin.

Selain itu, dia turut memberi alamat di Instagramnya kepada sesiapa yang ingin mendermakan darah mereka.
Baekho

Artikel Lain