suria

George Clooney Larang Orang Ramai Dekati Rumahnya

PELAKON George Clooney dan isterinya Amal Alamuddin melarang amna-mana individu untuk menghampiri kawasan kediaman mereka di Lake Como Laglio, Itali.

Datuk Bandar Laglio, Robert Pozzi memberitahu sebuah papan tanda amaran telah dipasang di kediaman pasangan selebriti tersebut.

Seperti dipetik Aceshowbiz, individu yang melanggar peraturan itu dan menceroboh masuk akan didenda sebanyak AS$600 atau RM2,000.

"George Clooney telah membuat Lake Come menjadi sebuah daerah yang terkenal bukan sahaja di Eropah, tetapi diseluruh dunia," ujar Robert Pozzi.

Tahun lalu, sebelum aktor itu berkahwin, dia meminta papan amaran yang sama dipasang dibelakang rumahnya. Begitu juga dengan kapal-kapal yang diminta untuk belayar 100 meter dari garis pantai miliknya.

Bagaimanapun, beberapa penduduk daerah itu menganggap tindakan pelakon itu terlalu berlebihan.

"Kalau dia tidak benarkan orang ramai berkeliaran di kediamannya, dia juga sepatutnya tidak boleh membawa bot melebihi 100 meter dari rumahnya," ujar seorang penduduk.
George Clooney

Artikel Lain