suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emma Stone & Andrew Garfield Dilaporkan Berpisah

Emma Stone (kiri) dan Andrew Garfield
PASANGAN selebriti yang paling diminati di Hollywood, Emma Stone dan Andrew Garfield dikatakan telah berpisah selepas mereka menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

Menurut laporan E-Online, pasangan yang pernah membintangi filem ‘The Amazing Spider-Man’ ini mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

"Perpisahan sementara tersebut diputuskan kerana mereka kini sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa untuk berjumpa dan hubungan mereka dilaporkan masih baik," kata sumber.

Emma sering dilihat bersendirian tanpa ditemani Andrew ketika menghadiri majlis seperti Golden Globe, SAG Award dan Oscar.

Andrew dan Emma dikatakan sudah tidak pernah berjumpa sejak bulan Januari lalu.
Emma Stone, Andrew Garfield

Artikel Lain