suria

Lenny Kravitz Batal Konsert Jelajah Di Asia, Australia

Lenny sepatutnya memulakan siri konsert jelajah di Asia dan Australia bermula Mac termasuk Malaysia tetapi dibatalkan atas sebab isu pertindihan jadual.

PENYANYI Lenny Kravitz terpaksa membatalkan siri konsert jelajahnya di Asia dan Australia yang sepatutnya berlangsung pada bulan ini pada saat-saat akhir selepas tidak berpuas hati dengan isu pertindihan jadual.

Today Japan melaporkan Kravitz sepatutnya dijadualkan mengadakan persembahan pembukaan di Tokyo, Jepun sebelum ke Filipina, Indonesia dan Malaysia sebelum meneruskan jelajah ke Australia.

"Malangnya disebabkan isu jadual yang tidak teratur saya tidak dapat menjayakan konsert berkenaan. Ia diluar kawalan saya," katanya dalam satu kenyataan.

Kata Kravitz lagi, dia berharap pihak pengurusannya dapat memberikan tarikh baharu namun tidak mahu berjanji mengenai perkara itu.

Penyanyi berusia 50 tahun itu bagaimanapun tetap meneruskan siri konsert jelajahnya di Eropah pada Jun depan selain bakal membuat kemunculan di Festival Jazz New Orleans dan Festival Heritage pada Mei.

Lenny Kravitz.

Artikel Lain