suria

Lebih 800 Juta Tonton Muzik Video 'Gentleman' Nyanyian Psy

PENYANYI Korea Selatan yang mencipta fenomena, Psy meraikan kejayaan terbarunya apabila video muzik Gentleman berjaya mencecah angka melebihi 800 juta tontonan.

Angka itu dicatatkan pada Ahad lalu.

Psy
Psy

Sebelum ini Psy mencipta nama dengan lagu Gangnam Style pada tahun 2012 yang mana lagu itu mendapat tarikan luar biasa sehingga menjadi pilihan utama penggemar Internet.

Bagaimanapun ketika lagu Gangnam Style menunjukkan penurunan setahun kemudian, Psy membuat kemunculan semula dengan menghasilkan Gentleman sehingga meningkatkan semula namanya dalam dunia Kpop.

Mengikut catatan YouTube, kedua-dua lagu nyanyian Psy menduduki tempat tertinggi iaitu antara 10 terbaik menerusi laman sosial video itu. - OhKpop!


Psy

Artikel Lain