suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lady Gaga & Taylor Kinney Rancang Segera Kahwin

Taylor dan Gaga bertunang pada 14 Februari lalu.

PENYANYI Lady Gaga dan tunangnya Taylor Kinney dilaporkan akan segera melangsungkan perkahwinan selepas mengikat tali pertunangan pada 14 Februari lalu.

Daily Mail melaporkan pasangan tersebut merancang untuk mengadakan majlis berkenaan di kediaman mewah milik Gaga di Malibu dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat.

Malah Gaga dikatakan bakal mengundang penyanyi legenda Tony Bennett untuk menyanyikan lagu duet mereka iaitu Cheek To Cheek pada majlis tersebut.

"Perkahwinan itu nanti akan menjadi majlis yang luar biasa tambahan pula kediaman Gaga terletak di atas bukit di Malibu dan dikelilingi oleh pergunungan dengan pemandangan indah," kata sumber terdekat pasangan berkenaan.

Selain Tony, Gaga juga akan menjemput pereka fesyen, Donatella Versace dan Kelly Osbourne pada hari bahagiannya nanti.

Bagaimanapun masih belum ada tarikh tetap untuk majlis itu.

Lady Gagag, Taylor Kinney.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain