suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UEE (After School) Sangkal Pengsan Kerana Mabuk

UEE menyangkal dakwaan pengsan akibat mabuk.

ANGGOTA kumpulan After School iaitu UEE tampil membuat penjelasan berhubung gambar dimuat naiknya ke Instagram miliknya apabila peminat mula menuduhnya berada dalam keadaan mabuk sehingga pengsan.

UEE menjelaskan gambar berkenaan adalah ketika dia sedang berehat semasa penggambaran drama bersiri berjudul Hog's Love.

"Dalam drama berkenaan saya memegang watak sebagai Do Do Hee. Semasa waktu berehat saya baring di atas sebuah kerusi panjang kerana keletihan.

"Saya memuat naik gambar berkenaan sekadar untuk suka-suka dan tidak menyangka dituduh mabuk dan pengsan," katanya seperti dilaporkan Soompi.

UEE, After School.

Artikel Lain