suria

Kumpulan EXO Catat Jualan Album Tertinggi Di Jepun

Kumpulan EXO

WALAUPUN belum sempat membuat sebarang pelancaran album di Jepun namun penjualan album kumpulan EXO berjudul Overdose adalah yang tertinggi di negara itu.

Menurut laporan Koreaboo, berdasarkan rekod yang dibuat oleh Tower Records Jepun, EXO berada di senarai tertinggi 2014 KPop Best Sellers sejak Overdose dipasarkan pada April lalu.

Ini merupakan prestasi terbaik kumpulan itu apatah lagi selepas mereka mengumpulkan peminat-peminat Jepun menerusi konsert jelajah The Lost Planet.

Sementara itu, Junho (2PM) yang muncul dengan album solo, Feel menduduki tempat kedua dalam senarai 2014 KPop Best Sellers diikuti dengan album The Best daripada kumpulan SNSD dan TVQX berada di tempat keempat.

EXO, 2014 KPop Best Sellers

Artikel Lain