suria

Francais Terbaharu Terminator Terbitkan Poster Animasi Digital

TERMINAOR: Genisys iaitu francais kelima filem The Terminator yang akan menemui penonton pada 1 Julai tahun depan kini muncul dengan poster terbarunya.

Poster tersebut muncul dengan penuh dramatik dalam bentuk grafik animasi berlatarbelakangkan lagu temanya yang penuh suspen itu.

Poster itu muncul sebelum gazet mengenai Terminator: Genisys dipertontonkan kepada umum pada Khamis.

Poster terbaru ini memperlihatkan wajah mesin cyborg T-800 dalam bentuk tengkorak besi hitam dan mata yang merah menyala perlahan-lahan reput menjadi debu pada wajah sebelah kanannya.

Sekuel filem kelima ini berlatarbelakangkan tahun 2029 dan bakal menyaksikan kemunculan semula pelakon asalnya Arnold Schwarzenegger kembali membawa watak 'Terminator'.

Schwarzenegger pertama kali membawa watak tersebut pada 1984.

Untuk siri yang kelima ini, watak Terminator yang dibawa oleh Schwarzenegger akan menyaksikannya kembali untuk melatih dan melindungi Sarah Connor (lakonan Emilia Clarke).

Anak Sarah iaitu John Conner (dilakonkan oleh Jason Clarke) pada asalnya menghantar pembantu kepercayaannya, Kyle Reese (Jai Courtney) ke zaman silam demi untuk memastikan ibunya tidak dibunuh oleh Terminator yang turut dihantar ke zaman silam dengan misi membunuh Sarah.

Terminator: Genisys akan memasuki pawagam di seluruh dunia mulai 1 Julai 2015.

Terminator, Genisys

Artikel Lain