suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih Ubah Cara Pemakanan Robert Pattinson

Twig mahu Robert berubah kembali menjalani kehidupan yang sihat.

SEJAK menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan lalu, kekasih Robert Pattinson iaitu FKA Twigs benar-benar membawa perubahan dalam hidup bintang filem Twilight itu.

Menurut laporan Contactmusic, Pattinson dikhabarkan sedang menjalani program diet yang diaturkan oleh kekasihnya itu.

Menurut sumber, Twigs berbuat demikian kerana tidak suka dengan gaya hidup Pattinson yang tidak sihat lebih-lebih lagi aktor tersebut merokok dan meminum alkohol secara berlebih-lebihan.

"Dia (Pattinson) benar-benar tidak sihat, namun Twigs yakin Pattinson akan lebih bahagia selepas kembali sihat. Twigs mengajar aktor itu cara pemakanan yang betul selain mengurangkan pengambilan alkohol dan bersenam.

"Bagaimanapun rakan-rakan Pattinson beranggapan perubahan kehidupan aktor itu bermula sejak berpisah dengan Kristen Stewart dan Twigs mungkin dapat membantunya mengatasi masalah itu," kata sumber.

Robert Pattinson

Artikel Lain