suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hyorin Dedah Rahsia Langsing, Mahu Ubah Hidung

Hyorin

DALAM sebuah temu bual bersama BNT International, anggota kumpulan Sistar, Hyorin mendedahkan rahsianya memiliki tubuh badan yang seksi di mana dia tidak perlu berdiet pun.

Menurut laporan Soompi, Hyorin berkata, dia langsung tidak gemar bersukan seperti ahli kumpulannya yang lain apatah lagi menahan lapar.

"Menyanyi dalam nada yang tinggi membuat badan saya gementar jika tidak makan. Saya tidak sanggup menahan lapar.

"Mujurlah latihan menari membakar segala pemakanan yang diambil," katanya.

Sementara itu, Hyorin turut mengakui ingin membuat pembedahan plastik pada bahagian hidung namun syarikat pengurusannya, Starship Entertainment, tidak membenarkan dia berbuat demikian.

"Saya teringin mengubah bentuk hidung saya tetapi syarikat pengurusan pula tidak benarkan," ujarnya.

Hyorin

Artikel Lain