suria

Robin Williams Tidur 18 Jam Sebelum Ditemui Mati

Robin Williams ditemui mati di kediamannya pada Selasa lalu.
PELAKON Robin Williams dilaporkan menghabiskan waktunya dengan tidur selama 18 jam sehari beberapa minggu sebelum ditemui mati di rumahnya di California dipercayai akibat bunuh diri.

Portal Daily Mail melaporkan mendiang yang berusia 63, turut menolak untuk menjamah sebarang makanan yang diberikan kepadanya kecuali dalam keadaan tertentu sahaja.

Sehingga ke akhir hayatnya, Williams dipercayai menghabiskan masa dengan mengurung dirinya di dalam bilik gelap sehingga menghembuskan nafas terakhir.

"Robin mengalami tekanan yang teruk dan menghabiskan waktunya dengan tidur malah biliknya juga dipasang dengan tirai berwarna hitam kerana dia enggan cahaya matahari memasuki ke dalam biliknya," kata sumber terdekat pelakon itu.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, pelakon veteran itu menghadapi masalah kemurungan sejak sekian lama biarpun tampil ceria dalam karya lakonannya.

Menjadi salah seorang penghibur paling dicintai di AS ketika generasinya, Williams sangat terkenal menerusi filem seperti Mrs. Doubtfire dan Jumanji.
Robin Williams, Jumanji.

Artikel Lain