Justin Bieber Bersalah Memandu Secara Cuai - Bintang Global | mStar

Justin Bieber Bersalah Memandu Secara Cuai

Justin Bieber
WASHINTON: Bintang pop Justin Bieber pada Rabu mengaku bersalah kerana memandu secara cuai dalam satu kejadian yang berlaku di Florida dan dihukum menjalani kelas mengawal perasaan marah.

Ketika kes berkenaan didengar di sebuah mahkamah di Miami, artis yang berasal dari Kanada itu melalui peguamnya bersetuju dengan keputusan bekenaan selepas mahkamah menukar pertuduhan dengan mengenakan kesalahan ringan terhadapnya.

Selain terpaksa menjalani 12 jam kursus berkenaan, Bieber juga bersetuju untuk membuat sumbangan amal iaitu sebanyak AS$50,000 dolar (RM150,000).

“Kes Bieber ini telah selesai,” kata peguamnya, Howard Srebnick sambil menambah pihaknya berasa lega dengan keputusan itu.

Bieber ditangkap selepas didakwa melakukan perlumbaan menggunakan kereta Lamborghini bersama rakannya Khalil Sharieff selain dikatakan mengeluarkan perkataan lucah semasa ditahan.

Polis turut berkata, pemuda berusia 20 tahun itu mengaku salah menghisap ganja selain mengambil sejenuis dadah lain.

Bieber sebelum ini sudah beberapa kali melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang termasuklah membaling bom telur ke rumah jirannya.

Bagi kesalahan itu dia dihukum denda melaksankan khidmat masyarakat, menyertai program pengurasan amarah dan membayar semula ganti rugi kepada pemilik rumah berkenaan sebanyak AS$80,000 dolar (RM240,000) untuk kos baik pulih.

Selain kes berkenaan, terdapat satu lagi kes yang masih dalam perbicaraan iaitu tuduhan beliau diserang pemandu sebuah limosin di Kanada.- AFP

Justin Bieber

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nicky Hilton Dilamar Jejaka Kaya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain