suria

Nicky Hilton Dilamar Jejaka Kaya

Nicky dan James mula bercinta sejak tiga tahun lalu.

BERITA gembira buat peminat-peminat Nicky Hilton kerana sosialit itu bakal menamatkan zaman solonya bersama seorang jejaka kaya iaitu James Rothschild.

Menurut laporan Dailymail, adik kepada Paris Hilton itu dilamar James setelah menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu.

"Pada bulan lalu James telah ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan restu daripada ibu bapa Nicky iaitu Rick dan Kathy Hilton. James benar-benar mahu memperisterikan Nicky secepat mungkin.

"Kemudian lelaki itu terus membawa Nicky ke Lake Como, Itali dan kemudian melamar wanita itu ketika menikmati pemandangan sekeliling di atas perahu," kata sumber.

Tambah sumber tersebut, pasangan itu kemudiannya telah ke beberapa negara Eropah bermula dari Milan sehingga ke Rom.

Bagaimanapun, pasangan itu belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka lagi.

Nicky Hilton, James Rothschild

Artikel Lain