suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem 'My Sassy Girl' Bakal Dijadikan Drama Bersiri

Jun Ji Hyun bakal membintangi versi drama filem My Sassy Girl.
POPULARITI Jun Ji Hyun menerusi karya Man From The Stars telah membuka banyak peluang kepada aktres tersebut dan terbaharu filem lakonannya iaitu My Sassy Girl pada 2001 bakal diterbitkan dalam versi drama bersiri.

Portal Soompi melaporkan perancangan untuk menerbitkan drama bersiri itu dibuat sejak dua tahun lalu namun ia dipercepatkan kerana nama Ji Hyun yang sedang hangat dikalangan peminat ketika ini.

Filem yang diterbitkan pada tahun 2001 itu menjadi fenomena dikalangan peminat. 

Filem My Sassy Girl yang pada awalnya hanya sebuah karya yang dimuat naik dalam sebuah blog mendapat sambutan luar biasa daripada penonton malah karya itu turut dihasilkan dalam versi Amerika dan dibintangi oleh Jesse Bradford dan Elisha Cuthbert.

Malah Jepun turut mempunyai versinya yang tersendiri lakonan Tsuyoshi Kusanagi dan Rena Tanaka. 

Bagaimanapun barisan artis lain yang bakal membintangi versi drama berdiri

My Sassy Girl masih belum diumumkan secara rasmi dan ia kini masih dalam peringkat pra-produksi.
My Sassy Girl, Jun Ji Hyun.

Artikel Lain