suria

Ibu Kim Kardashian Berang Terpijak Tahi Anjing

Kris berang apabila dia terpaksa membersihkan tahi anjing kepunyaan anaknya itu sendirian.

KEMESRAAN antara dua beranak iaitu Kris Jenner dan Kim Kardashian sering kali digambarkan dalam program realiti kehidupan mereka iaitu Keeping Up With The Kardashians.

Seperti dilapor E! Online, Kris baru-baru ini berang apabila anjing peliharaan anaknya itu membuang najis di merata rumah mereka sehingga dia terpijak kotoran tersebut.

Kris lantas menjerit nama Kim dan adiknya Kendall Jenner kerana dianggap tidak bertanggung jawab terhadap kejadian itu.

"Kim! bagaimana kamu boleh biarkan aku sendiri membersihkan kotoran ini? Di mana Kendall,?"

"Anjing ini besarnya seperti kuda dan kotorannya juga banyak," jeritnya lagi.

Artikel Lain