suria

'Man From The Stars' Bakal Difilemkan

Man From The Stars mendapat sambutan hebat daripada peminat drama bersiri Korea di Asia.
DRAMA bersiri popular Korea Man From The Stars dilaporkan bakal diangkat ke layar perak ekoran sambutan hangat daripada peminat di seluruh Asia.

Portal Soompi melaporkan sebuah syarikat produksi di China telah pun membeli hak cipta siri sebanyak 21 episod itu untuk dijadikan filem dengan durasi selama dua jam.

Man From The Stars dibintangi oleh pelakon terkenal iaitu Kim Soo Hyun dan Jun Ji Hyun.

Malah ada laporan menyebut pihak produksi sudah pun menjalani proses akhir penggambaran dan bakal ditayangkan pada Jun ini sementara kehangatan drama bersirinya masih menjadi perbualan hangat peminat.

Bagaimanapun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak produksi berhubung laporan itu manakala syarikat produksi asalnya, HB Entertainment menjangkakan filem itu hanya akan ditayangkan pada Ogos depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain