suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan Rania Cari Anggota Baharu

Rania bakal membuat kemunculan semula pada bulan Jun depan.
KUMPULAN K-Pop popular iaitu Rania sedang mencari ahli baharu bagi melancarkan kembali karier nyanyian mereka menjelang bulan Jun depan.

Portal Soompi melaporkan promosi bagi mencari ahli keenam kumpulan itu dilakukan secara besar-besaran oleh syarikat pengurusan mereka bagi membolehkan calon sesuai ditemui.

Malah beberapa syarat ketat dikenakan iaitu bakal ahli Rania mestilah mempunyai ketinggian di antara 165 hingga 175 sentimeter selain berat badan kurang daripada 50 kilogram.

Pencarian ahli baharu itu dilakukan selepas salah seorang ahlinya Riko dikatakan telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut.

Rania kini dianggotai oleh Jooyi, T-ae, Xia, Di dan Saem.

Bagaimanapun pihak pengurusan Rania enggan mengulas mengenai perkara tersebut dan membuatkan peminat tertanya-tanya status Riko dalam Rania. 
Rania, K-pop.

Artikel Lain