suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

American Idol Kembali Dengan Musim Ke-14

STESEN televisyen Fox mengumumkan yang mereka akan meneruskan program mencari bakat American Idol untuk musim ke-14 tahun ini.

'Idol' sebagaimana ia dikenali di seluruh dunia akan mengadakan sesi ujibakat di 15 buah bandar besar di Amerika bermula 18 Jun ini bermula di Minneapolis, kemudian diikuti di Portland, Columbus, Ohio, Kansas City, Richmond, Albuquerque dan banyak lagi.

Terdapat desas-desus sebelum ini yang mengatakan Idol bakal dihentikan ekoran penurunan rating sepertimana satu lagi program yang hampir sama iaitu The X Factor dihentikan Januari baru-baru ini.

American Idol musim ke-13 memperlihatkan penurunan minat orang ramai apabila ia menunjukkan kejatuhan sehingga 28 peratus tontonan di kalangan penonton berusia 18-49 tahun.

Namun begitu secara puratanya, masih terdapat 12.3 juta penonton menyaksikan siaran langsung pada setiap hari Rabu.

Idol dikatakan akan terus mengekalkan tiga orang pengkritiknya iaitu Keith Urban, Jennifer Lopez dan Harry Connick Jr manakala hos rancangan Ryan Seacrest juga sedang membincangkan kontrak baru dengan Fox.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain