suria

Cincin Pertunangan George Clooney Bernilai RM2.4 Juta

George dan Amal telah bertunang selepas tujuh bulan berkenalan.

PERTUNANGAN George Clooney dan kekasihnya Amal Alamuddin mengejutkan ramai pihak apalagi pasangan itu begitu cepat merasmikan hubungan mereka selepas tujuh bulan berkenalan.

Bagaimanapun, pertunangan mereka bukan saja mengejutkan tetapi cincin pertunangan George yang diberikan kepada Amal turut menjadi bualan ramai.

Menurut laporan E! Online, bintang The Monuments Men itu telah menghabiskan wang sebanyak RM2.4 juta hanya untuk membeli sebentuk cincin.

Cincin tersebut dihiasi batu berlian tujuh karat dan ia telah diberikan kepada Amal dengan gaya persembahan yang cukup mewah ketika pasangan itu makan malam di London pada minggu lalu.

Artikel Lain