suria

Lim Ji Kyu Kahwin 17 Mei Ini

Lim Ji Kyu akhirnya bakal berkahwin selepas empat tahun bercinta dengan kekasihnya.

AKTOR Lim Ji Kyu bakal melangsungkan majlis perkahwinannya pada 17 Mei ini di sebuah gereja.

Menurut laporan MWave, jurucakap aktor tersebut daripada agensi Blue Dragon Entertainment berkata, Ji Kyu dan kekasihnya sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta dan akhirnya kedua-dua mereka sedia untuk disatukan.

"Ji Kyu dan kekasihnya merancang untuk bernikah pada 17 Mei ini dan majlis tersebut akan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat sahaja," kata jurucakap tersebut.

Sebelum ini, Ji Kyu kerap kali bercakap mengenai kekasihnya ketika ditemubual pihak media. Malah aktor itu telah melamar kekasihnya ketika mengadakan promosi drama It's Time To Love di depan khalayak ramai.

Ji Kyu merupakan antara pelakon yang berbakat besar dan antara lakonan yang pernah dia terlibat adalah God's Gift - 14 Days dan Greatest Love.

Lim Ji Kyu, Kahwin

Artikel Lain