suria

Song Seung Hun Sumbang RM500,000 Kepada Mangsa Feri Karam

Seung Hun menyumbangkan RM500,000 kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian feri karam yang mengorbankan 46 nyawa setakat ini minggu lalu.
PELAKON Song Seung Hun dilaporkan menyumbang sebanyak RM500,000 kepada keluarga mangsa tragedi feri karam di Korea Selatan yang setakat ini mengorbankan  46 mangsa dalam kejadian menyayat hati itu minggu lalu.

Portal Soompi melaporkan, Seung Hun menyalurkan bantuan itu kepada pihak tentera penyelamat untuk diagih-agihkan kepada mangsa memerlukan biarpun dia kini tidak berada di Korea.

"Sumbangan yang diberikan oleh Seung Hun memberikan makna besar kepada semua mangsa yang terlibat dan kami di pihak penyelamat berasa terharu dengan kebaikkan pelakon itu," kata wakil pihak penyelamat tentera.

Ini bukan kali pertama Seung Hun memberikan bantuan kepada golongan memerlukan dan dia sebelum ini pernah menyumbangkan sejumlah wang kepada mangsa gempa bumi yang berlaku di negara itu pada 2011.

Seung Hun juga aktif dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa di negara itu dalam kegiatan amal.

Lebih 350 daripada 476 orang yang berada di dalam feri tersebut merupakan pelajar dari sekolah tinggi di bandar Ansan di selatan Seoul dan hanya 174 orang diselamatkan.

Feri berkenaan karam di perairan Jindo ketika bertolak dari Incheon menuju ke Pulau Jeju.
Song Seung Hun, Feri Karam.

Artikel Lain