suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Feri Karam: BoA Batal Semua Aktiviti Seni

BoA membatalkan semua aktiviti seninya bagi menghormati mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian feri karam di Korea Selatan pada 16 April lalu.
PENYANYI dan pelakon BoA mengambil keputusan membatalkan semua jadual persembahan dan bertemu peminat buat sementara waktu bagi menghormati mangsa dan keluarga insiden tragedi feri karam di perairan Korea Selatan pada 16 April lalu.

Portal Soompi melaporkan, BoA turut membatalkan kemunculannya pada majlis tayangan perdana filem Make Your Move yang dibintanginya termasuklah temubual bersama pihak media.

"Bukan sahaja kemunculan dan temubual bersama BoA dibatalkan malah tayangan perdana filem tersebut turut ditangguh bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kejadian menyayat hati itu," kata jurucakap mewakili penyanyi itu.

Dalam kejadian menyayat  itu, feri yang membawa 462 penumpang karam dan setakat ini menunjukkan enam orang terbunuh manakala 55 yang lain mengalami kecederaan.

Bagaimanapun 179 mangsa terselamat dan pihak berkuasa masih mencari 270 penumpang yang masih hilang.

Selain BoA, banyak lagi selebriti di Korea Selatan turut membatalkan aktiviti seni mereka.
BoA, Make Your Move, Feri Karam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain