suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Soo Hyun Digelar 'Raja Iklan'

Kim Soo Hyun menerima banyak tawaran iklan selepas kejayaan drama 'You Came From The Star'.
KEJAYAAN drama You Came From The Star membuatkan pelakon utamanya Kim Soo Hyun menerima banyak tawaran iklan.

Pertengahan Mac lalu, aktor ini secara rasmi dipilih sebagai model untuk Hana Bank.

Tidak lama selepas itu, Lotte Department Store juga melantiknya sebagai jurucakap bersama kumpulan popular SNSD.

Seterusnya, dia turut dilantik sebagai jurucakap minuman popular Coca Cola di China yang menawarkan kontrak eksklusif.

"Kami sedang dalam proses perbincangan dengan pihak Coca Cola di China. Kim Soo Hyun akan mula penggambaran iklan pada Mei depan," ujar wakil pengurusan Key East Entertainment.

Dengan jumlah kontrak iklan yang diterima Soo Hyun, dia bakal digelar 'Raja Iklan'.

Gelaran ini sering diberikan kepada bintang-bintang Korea yang meneripa pelbagai jenis iklan sebagai duta.

Kim Soo Hyun, Kpop, Korea Selatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain