suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Park Jin Hee Pilih Lelaki Muda Sebagai Suami

Park Jin Hee memilih lelaki jauh lebih muda daripadanya sebagai suami.
PELAKON Park Jin Hee bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang peguam yang lima tahun lebih muda daripadanya pada Mei depan.

Portal Soompi  melaporkan, aktres itu mengambil keputusan untuk berkahwin selepas mendapat kebenaran daripada syarikat pengurusannya, Costar Entertainment. 

Jurucakap syarikat berkenaan dalam satu kenyataan bagaimanapun tidak menjelaskan tarikh sebenar atau lokasi perkahwinan itu bakal diadakan.

"Pihak kami perlu berbincang terlebih dahulu mengenai tarikah dan lokasi perkahwinan dan ia akan diumumkan kemudian," kata jurucakap berkenaan.

Malah Jin Hee atau pengurusannya tidak mendedahkan secara terperinci siapakah lelaki yang berjaya menambat hati pelakon itu.

"Calon suami Jin Hee adalah seorang peguam yang lebih muda daripadanya dan mereka pertama kali bertemu semasa penggambaran sebuah drama.

"Kenalan kepada Jin Hee memperkenalkan mereka dan hubungan yang berlangsung selepas itu bakal berakhir dengan perkahwinan," ungkapnya lagi.

Selain drama bersiri Classic War of Money, Jin Hee turut dikenali menerusi karya seperti Whispering Corridors dan Giant.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain