suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video Khas Channing Tatum Untuk Penghidap Barah Otak

BERSIMPATI dengan penderitaan dihadapi oleh seorang peminatnya, pelakon Channing Tatum merakamkan sebuah video ucapan khas buat Alisa Finley yang menghidap barah otak tahap akhir.

Daily Mail melaporkan, Channing menghantar video berkenaan selepas membaca senarai yang dibuat gadis berusia 18 tahun itu yang berhasrat untuk bertemu dengannya. 

Dalam senarai yang mempunyai 48 permintaan itu Alisa mahu memberikan kucupan istimewa kepada Channing sebelum dia meninggal dunia. 

"Saya mencintai kamu dan kamu harus tahu mengenai itu," antara ucapan Channing dalam video berdurasi selama satu minit itu.

Channing turut menyanyikan sebuah lagu berjudul Happy untuk Alisa dalam video berkenaan.

 


Channing juga berharap dapat mengabulkan permintaan Alisa yang turut berharap ada seorang lelaki yang menyanyikan sebuah lagu untuknya.

Dalam pada itu, isteri Channing iaitu Jenna Dewan juga turut menyanyikan beberapa bait lagu Happy nyanyian Pharell Williams dalam video berkenaan bersama suaminya. 

Dalam sebuah laman khas yang diwujudkan di Facebook untuk Alisa, ibunya melahirkan rasa terima kasih kepada Channing dan memberitahu anaknya itu sedang berjuang untuk melawan penyakit berkenaan.

Channing Tatum, Jena Dewan.

Artikel Lain