suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Album Terbaharu Michael Jackson Dilancarkan

Album terbaharu Michael berjudul Xscape bakal berada di pasaran pada 13 Mei depan.
SYARIKAT rakaman Epic Records bakal melancarkan album terbaharu mendiang Michael Jackson pada 13 Mei depan.

Menurut laporan Huffington Post, album yang diberi judul Xscape itu bakal menampilkan lapan buah lagu baharu lagenda pop itu yang belum pernah dilancarkan sebelum ini.

Presiden Epic Records, L.A Reid dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah memilih beberapa buah lagu daripada Michael yang sudah siap dirakam sebelum ini untuk diterbitkan semula dengan gubahan muzik baharu.

Beberapa komposer dan penerbit terkenal seperti Timbaland, Rodney Jerkins, Stargate dan John McClain dilantik untuk menerbitkan album berkenaan.

"Banyak lagu-lagu Michael yang tidak dilancarkan sebelum ini dan kita telah menerbitkan semula karya berkenaan supaya segar dan memenuhi citarasa peminat," katanya.

Timbaland sebelum ini pernah mendedahkan sudah menyiapkan dua buah lagu baharu Michael berjudul Chicago dan Slave to the Rhythm.

Artikel Lain