suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Park Shin Hye Bukti Kebolehan Menyanyi

Park Shin Hye melancarkan single pertamanya berjudul Arm Pillow khas buat peminatnya.
PELAKON Park Shin Hye membuktikan kebolehannya sebagai seorang penyanyi apabila melancarkan single pertamanya berjudul Arm Pillow daripada album sulungnya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Portal Soompi melaporkan Shin Hye teruja dengan pelancaran lagu tersebut kerana sebelum ini dia sering menyumbangkan suara untuk lagu tema drama bersiri sepertiYou're BeautifulHeartstrings dan terbaharu The Heirs.

Arm Pillow
 adalah ciptaan komposer terkenal Korea, Choi Yong Chan dan Choi Gap Won yang telah banyak bekerjasama dengan artis terkenal Kpop seperti Gummy, IU, Ha Dong Kyun dan JYJ.

Menerusi dunia lakonan Shin Hye dikenali dengan kebolehannya membawakan watak mencabar seperti dalam filem Miracle in Cell No.7 dan drama bersiri popular The Heirs.

Wanita berkenaan kini dalam proses menjalani penggambaran filem Sang Eui Won (The Tailors) yang turut dibintangi oleh Han Suk Kyu, Go Soo dan Yoo Yeon Seok.

Park Shin Hye, Arm Pillow, The Heirs.

Artikel Lain