suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih Mick Jagger Disyaki Mati Bunuh Diri

L' Wren Scott

PEREKA fesyen yang juga kekasih Mick Jagger L'Wren Scott ditemui mati di rumahnya di New York disyaki telah membunuh diri.

Menurut seorang pegawai penguatkuasa, pembantu Scoot mendapati pereka fesyen tersebut tergantung di pintu dengan selendang terjerut di lehernya.

Tambah pegawai tersebut, tiada sebarang tanda-tanda rumah dipecah masuk, namun begitu pihak polis tidak menemui sebarang nota bunuh diri di kediamannya.

Pembantu peribadi Scott memberitahu, dia telah diminta untuk datang ke kediaman wanita itu dan terkejut apabila menemui mayat Scott di ruang tamu.

Pihak perubatan sedang cuba mencari punca kematian wanita itu.

Sementara itu, jurucakap Mick berkata, penyanyi itu terkejut dengan berita kematian teman wanitanya dan membatalkan persembahan yang sepatutnya berlangsung di Perth pada Rabu ini.

Artikel Lain