suria

Lee Dong Gun Muncul Dengan Single Baharu Selepas 6 Tahun

Lee Dong Gun bakal muncul dengan album terbaharunya selepas enam tahun.
SELEPAS sekian lama tidak muncul dengan album baharu, pelakon Lee Dong Gun mengejutkan peminatnya apabila muncul pada persembahan konsert FNC Family pada 15 Mac lalu dan mempersembahkan single terbaharunya, Oh I Love You.

Portal Soompi melaporkan Dong Gun turut menyampaikan lagu-lagu daripada album terdahulunya iaitu Sad Goodbye pada acara itu dan ia mendapat tepukan gemuruh daripada peminat.

Dong Gun baharu sahaja menyiapkan lagu Oh I Love You beberapa minggu lalu dan itu adalah kali pertama dia mempersembahkan lagu itu.

Dalam pada itu, Dong Gun berkata, dia bercadang untuk melancarkan album terbaharunya pada tahun ini dan berharap peminat akan memberi sokongan kepada keputusannya untuk kembali bergelar penyanyi.

"Saya sangat gembira dan teruja dapat mengadakan persembahan khas ini kerana sudah lama tidak menyanyi dihadapan peminat dan berharap album terbaharu saya dapat dilancarkan pada tahun ini," katanya. 

Selain di Korea, nama Dong Gun turut terkenal di Jepun selepas dua buah drama lakonannya iaitu Lovers in Paris dan Sweet 18 mendapat sambutan hangat di negara itu. 

Pelakon itu juga baharu sahaja muncul dengan drama terbaharu iaitu Marry Him If You Dare yang turut mendapat sambutan menggalakkan di Jepun. 

Lee Dong Gun, Oh I Love You, Kpop.

Artikel Lain