suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian Beri Anak Baju Terpakai

Kourtney (kiri) memberikan pakaian anak perempuannya kepada anak sulung Kim (kanan).
DENGAN kekayaan yang dimiliki oleh Kim Kardashian dan Kanye West, sudah tentu puteri sulung pasangan itu, North West mampu memakai apa sahaja pakaian baru yang mewah.

Namun, ternyata sangkaan itu salah kerana Kim menerusi laman Twitter miliknya berkata, North sering memakai pakaian terpakai iaitu baju yang pernah dipakai oleh anak perempuan Kourtney Kardashian.

"Kourtney menyimpan semua pakaian bayi yang cantik dan dia memberikannya kepada saya. Sebagai adik-beradik, kami saling berkongsi pakaian, dan sangat menyenangkan apabila anak-anak kami pula melakukan perkara sama," katanya.

Bagaimanapun, North masih lagi mempunyai pelbagai koleksi pakaian mewah daripada pelbagai jenama. 

Sedangkan keluarga itu sendiri memiliki jenama sendiri iaitu Kardashian Kollection.

Artikel Lain