suria

Pharrell Williams Akui Tak Mampu Tandingi Jay Z

Pharrell Williams akui tidak mampu tandingi Jay Z
PENYANYI dan penulis lagu Pharrell Williams mengakui dirinya tidak mampu menandingi kejayaan yang dikecapi penyanyi rap Jay Z.

Tambah William, ketika melancarkan single pertamanya, dia pernah terfikir akan berjaya seperti penyanyi rap tersebut. 

Namun secara realistiknya, dia mengakui perkara tersebut hanya impian semata-mata. 

"Saya hanya mengimpikan perkara itu, walau hakikatnya ia sangat sukar dah jauh lagi untuk berada seperti dia. 

"Dia menjadi idola saya dan bagaimana saya harus menjalani industri ini mengikut jejak langkahnya," katanya seperti dipetik daripada Contactmusic.com

Pharrell Williams, Jay Z

Artikel Lain