suria

Christian Bale Nantikan Bayi Kedua

Christian Bale dan isterinya, Sandra Blazic.
NAMPAKNYA, aktor Christian Bale dan isterinya Sandra Blazic sedang menantikan kelahiran anak kedua selepas memiliki puteri sulung, Emmeline pada Mac 2005 lalu.

Menurut laporan portal E! Online,  perut Sandra kelihatan seperti sedang hamil ketika dia dan Christian menghadiri karpet merah Oscar 2014 di Dolby Theater Isnin lalu.

Bagaimanapun sehingga kini, Christian mahupun keluarganya belum membuat sebarang kenyataan berhubung kehamilan tersebut.

Malah, jurucakap pasangan itu enggan mengulas spekulasi kehamilan Sandra dan hal itu membuatkan ramai pihak mengandaikan Sandra sememangnya sedang hamil.

Dalam perkembangan lain, Christian bakal sibuk dengan penggambaran filem Exodus dan Knight Of Cups. Christian juga kini sedang meneliti sebuah skrip filem berjudul The Creed Of Violence.

Christian Bale, Sandra Blazic

Artikel Lain