suria

Ibu Russel Brand Disahkan Menghidap Barah Payudara

Russel Brand membatalkan persembahannya di Derby's Assembly Rooms bagi memberi semangat kepada ibunya, Barbara (kanan) yang menghidap kanser payudara.

PELAWAK Russell Brand terpaksa membatalkan pertunjukkan di Derby selepas beliau menerima berita bahawa ibunya Barbara disahkan menghidap kanser payudara.

Pelawak berusia 38 tahun itu membatalkan persembahannya di Derby's Assembly Rooms bagi memberi semangat kepada ibunya.

Russel juga menarik diri daripada beberapa persembahan di Glasgow turut memberitahu mempunyai masalah keluarga seperti dilapor contactmusic.com.

"Ibu saya kini sedang mendapat rawatan untuk penyakit kanser payudara dan saya ingin berada di sampingnya untuk memberi semangat," katanya.

Russel Brand

Artikel Lain