suria

Kumpulan Shinee Umum Konsert Jelajah Di Amerika Latin

Shinee akan mengadakan konsert jelajah pertama mereka di negara Amerika Latin.
KUMPULAN Shinee mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah pertama mereka di negara Amerika Latin pada April depan.

Menurut laporan Allkpop, Shinee akan berkunjung ke Meksiko, Chile dan Argentina sebagai salah satu lokasi konsert yang diberi nama Shinee World III itu.

Shinee memberitahu mereka sangat teruja untuk mengadakan persembahan di negara berkenaan dan berharap konsert berkenaan akan mendapat sambutan.

Kumpulan yang dianggotai oleh Onew, Jonghyun, Key, Minho dan Taemin memulakan karier nyanyian mereka pada tahun 2008.

Dalam pada itu, Shinee akan memulakan konsert jelajah berkenaan di Korea Selatan terlebih dahulu bermula bulan Mac.
Shinee, Shinee World III, KPop.

Artikel Lain