suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

HyunA & Rita Ora Bergabung Dalam 'Funny or Die'

HyunA sempat berkongsi gambarnya bersama Rita ketika menjalani penggambaran program 'Funny or Die' di Los Angeles, Amerika Syarikat.
SALAH seorang ahli kumpulan 4Minute iaitu HyunA bergabung dengan penyanyi terkenal British, Rita Ora menerusi program Funny or Die yang popular di Korea Selatan.

Portal Soompi melaporkan, kedua-dua penyanyi itu kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi menjalani proses rakaman program berkenaan.

Pihak pengurusan HyunA iaitu Cube Entertainment mengesahkan mengenai laporan berkenaan selepas penyanyi itu memuat naik beberapa keping gambar bersama Rita di laman Instagram miliknya.

Kehadiran HyunA di Amerika bukan sahaja untuk menjalani penggambaran program berkenaan malah turut mengadakan persembahan khas di Texas bersama-sama penyanyi Korea lain iaitu Jay Park dan Nell menerusi acara K-Pop Night Out.

Tahun lalu, aktres Hollywood, anna Kendrick membuat kemunculan dalam rancangan tersebut dan ia mendapat sambutan luar biasa peminat.

HyunA, Rita Ora, Kpop, Kpop Night Out.

Artikel Lain